Monday, November 1, 2010

Yong Teck Lee: Antara Janji Dan Rekod

Yong Teck Lee berjanji bahawa jika SAPP berjaya membentuk Kerajaan maka dia akan memberi tanah kepada setiap rakyat Sabah.

Buta-buta dia menipu kepada para pengundi Batu Sapi.  Dia ingat kita pengundi Batu Sapi ini talingung dan tidak boleh berfikir.

Pertamanya, jika dia menang pilihan raya kecil ini dia tidak dapat membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baru sebab ini adalah kerusi Parlimen.

Jika pun Batu Sapi ini adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ia juga tidak dapat mengubah keadaan kerana hanya satu kerusi dan tidak memberi kesan kepada majoriti BN di dalam DUN.

Jika pun Yong menang kerusi Parlimen ini, dia tidak dapat membentuk Kerajaan Persekutuan pun.....

Keduanya, dan sangat penting ialah rekod Yong ketika menjadi Ketua Menteri pada 1996-1998 tidak menyokong janji yang ia jajakan.

Sepertimana pendedahan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, 20,000 ekar tanah di Tongod yang sepatutnya diberikan Yong kepada rakyat telah diberikan kepada kawannya.

Cakap banyak pun tidak guna, yang penting kita tahu fakta antara janji dan realiti.

Sunday, October 31, 2010

Jawatan Sosuwai Untuk Ansari

Ansari Abdullah, calon PKR untuk PRK P185 Batu Sapi adalah seorang peguam yang 'ada nama' di fraternity guaman Sabah.  Beberapa kes high profile yang beliau pernah tangani menjadikan beliau salah seorang peguam tersohor di negeri ini.

Tapi rekod beliau itu tidak semestinya melayakkan beliau sebagai ahli politik yang baik atau boleh menjadi wakil rakyat yang boleh menyelesaikan maslahah rakyat.

Ini terbukti apabila rakyat Tuaran - tempat kelahiran dan domisil Ansari - telah menolak beliau dalam pilihan raya sebanyak dua kali.  Manakala ahli-ahli UMNO Bahagian Tuaran juga tidak menerima beliau sebagai Ketua Bahagian apabila beliau kalah dalam pertandingan jawatan berkenaan.

Kalau orang kampung dia sendiri yang mengenali hati budi Ansari secara akrab telah menolak beliau beberapa kali, maka tidak hairanlah kita di Batu Sapi juga tidak menerima beliau dalam PRK ini.

'Kejatuhan' beliau (melalui keruntuhan jeti) sebanyak dua kali di Batu Sapi adalah petanda bahawa bukan komuniti Batu Sapi saja tidak mahu kepada batang tubuh beliau, malah segala makhluk kasar dan makhluk halus di Batu Sapi ini juga meluat dengan Ansari.

Jeti makhluk tidak bernyawa juga tidak suka dengan kehadiran Ansari.... Orang lain pun naik jeti yang sama, tapi jeti tidak runtuh.  Tapi bila Ansari sampai maka jeti yang kukuh boleh runtuh!

Maka layaklah bila masyarakat Kg Istimewa menampal sepanduk menolak kedatangan Ansari ke kampung mereka.  Nanti semua orang tidak dapat keluar rumah pasal diruntuhkan oleh Ansari.

Maka, kompomlah Ansari akan kalah pada 4 Nov ini.

Apa lagi yg kompom pasal Ansari?  Yup!  Selain sebagai peguam, Ansari juga boleh dipertimbangkan memegang profesyen Inspektorat Teknikal.

Pakatan Rakyat boleh melantik beliau dengan menghantar Ansari membuat pemeriksaan kepada mana-mana projek Kerajaan BN.

Jika kes jeti runtuh boleh dijadikan sandaran, maka Ansari boleh menjadi Pegawai Eksperimen kepada mana-mana projek pembangunan Kerajaan BN.

Contohnya ialah jika jeti sedang dibina.  Bagi memastikan kekuatan paku maka Ansari boleh minta tapak tangan dia dilantak paku dahulu sebelum paku dilantak pada kayu jeti.

Contoh lain ialah jika projek melibatkan bahan binaan konkrit, Ansari boleh periksa tahap kekuatan simen dengan dia menyelam dalam cairan simen ketika simen itu sedang diuli dan diuar.

kikikikik........

Saturday, October 30, 2010

YTL Inas Duit Syarikat Kerajaan

Blog ini telah berjanji untuk mendedahkan satu lagi perbuatan songsang YTL ketika menjadi Ketua Menteri 1996-1998.  Makin banyak maklumat diterima dan buat nafas kita sesak.

Sesak nafas bukan pasal tidak boleh handle, tapi pasal sakit hati kerana merasa ditipu oleh YTL.  Duit rakyat dia sapu dengan bermacam-macam cara termasuklah melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Kisah kali ini ialah mengenai syarikat yang dimiliki oleh agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) atau lebih dikenali dengan nama singkatan SLDB.

SLDB memiliki beberapa syarikat dan salah satunya ialah Sapi Plantations Sdn Bhd (mungkinkah ada kaitan dengan Batu Sapi?).

Sapi Plantations Sdn Bhd (Sapi PSB) adalah syarikat yang terlibat dalam perladangan yang memiliki tanah seluas 142 km persegi di Sandakan yang ditanam dengan kelapa sawit.  Luas kawasan itu bersamaan dengan satu suku keluasan Parlimen Batu Sapi.  Naaaa yu', cuba kau bayangkan berapa hasil ia boleh keluarkan.

Dipendekkan cerita SLDB menjual saham syarikat ini untuk membuat keuntungan pelaburan dan keuntungan itu mencecah jutaan ringgit.  Jual dapat untung tu tidak apa, jangan saja jual tapi rugi.

Masalahnya ialah apabila YTL mahukan keuntungan itu dimasukkan ke dalam poketnya sendiri dan bukan dipulangkan kepada SLDB.

Maka dia arahkan bekas Pengurus Besar SLDB Datuk Wasli Said untuk masukkan RM5 juta keuntungan dari hasil jualan saham Sapi PLB itu dengan menyerahkan wang berkenaan kepada agen YTL.

Inilah juga modus operandi yang dia gunakan untuk mengisap duit Warisan Harta dengan mengulun (membuat arahan secara paksa) kepada Rahman Ghani, Pengarah Urusan Warisan Harta Sdn Bhd (juga GLC Kerajaan Negeri) dalam kes share swap saham blue chip milik Warisan Harta dengan saham murah NBC/NBT.

Inilah fakta yang didedahkan oleh Wasli dalam Mahkamah Sesyen pada 12 Feb 2004.  Kenyataan Wasli diterima oleh mahkamah sebagai bukti yang tidak dipertikaikan.

Oleh kerana bukan YTL yang didakwa dalam kes berkenaan, maka ini adalah peluang keemasan para pengundi Batu Sapi untuk menghukum YTL yang menjadi drakula menginas (mengikis) wang rakyat Sabah dengan TIDAK MEMBERI UNDI kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil ini.

Kita di Parlimen Batu Sapi ini memegang amanah khas mewakili rakyat Sabah yang lain untuk memberi pengajaran kepada balan-balan YTL ini.

Apa lagi..... ini kali la!

Friday, October 29, 2010

YTL Jual Tanah Atas Angin?

Hmmm...makin banyak pula 'pilat' yang terbongkar.  Selepas terbaca post 'menikam belakang' ni, ada seorang informant menghubungi saya.  Dia dengan penuh semangat bercerita beberapa lagi kes YTL yang belum diketahui umum.

Dia (informant) menceritakan beberapa kes di mana YTL ni suka 'jual tanah atas angin'.  Konsep 'jual tanah atas angin' ialah mengambil untung dengan menyusahkan orang lain.  Menipu?  Itu anda kena buat konklusi sendiri.

Menariknya ialah salah satu kes penjualan ini berlaku di Sandakan sendiri iaitu di hujung-hujung YTL jadi KM.  Pada tahun 1998, satu permohonan telah diluluskan oleh kuasa eksekutif tertinggi Kerajaan Negeri.

Di sini saya hanya bagi sinopsis kerana ada satu blog akan mendedahkan perkara ini kerana semua dokumen telah berada di tangan blogger berkenaan untuk proses seterusnya.

Blog yang mana satu? Ok, sabar, sabar..... baca dulu seterusnya.

Kononnya.... ada satu tanah seluas lebih kurang 3,000 hektar diluluskan kepada satu entiti (Entiti 'A').  Entiti berkenaan ada kaitan dengan YTL.  Entiti 'A' berkenaan nak buat duit cepat maka menjualkan lot berkenaan kepada Entiti 'B'.

Tentulah tak salahkan kerana urusan jual-beli adalah transaksi biasa.

Jadi apa masalahnya? Hihihihi.... ini barang biasa dibuat oleh conman.  Masalah timbul apabila lot tanah berkenaan sebenarnya adalah sebuah penempatan yakni perkampungan Bumiputera.

Duit sudah bertukar tangan dan Entiti 'B' telah membeli satu masalah.

Nantikan pendedahan berkenaan dalam blog otai ini....

Sementara itu, blog Surat Batu Sapi akan mendedahkan satu lagi penyelewangan besar oleh YTL melibatkan rasuah RM5 juta duit milik sebuah agensi Kerajaan!  Nantikan beberapa jam lagi.

Sabar-sabar kamu nak......

Thursday, October 28, 2010

Apa Persamaan YTL dan Anwar Ibrahim?

Itulah maklumat yang saya dapat terima.  Kata sumber-sumber itu kecenderungan mereka adalah sama dan saya diberikan perbandingan fakta-fakta.

Patutkah saya merasa terkejut?  Itu tidak penting.  Yang penting ialah masyarakat Batu Sapi perlu mengetahui hal ini.  Ianya ada kaitan dengan tindakan-tindakan MENJURUS DARI BELAKANG....

Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Anwar suka 'menikam' dari belakang samada secara metaforika atau perbuatan secara fizikal.

YTL juga suka 'menikam' dari belakang!  Tak percaya?  Mari saya chereeta....

Pada tahun 1994, YTL telah 'menikam' Pairin Kitingan dengan keluar meninggalkan PBS bersama beberapa wakil rakyat lain untuk menubuhkan SAPP.


Pada tahun 2008, YTL - setelah kecewa tidak dilantik sebagai senator di Dewan Negara - mengumumkan SAPP keluar dari BN.


YTL juga 'menikam' dari belakang rakyat Sabah dengan mengutamakan kroni beliau Ambrose Lee dalam pelaksanaan FMU dan 'pelunturan' aset Warisan Harta (share swap MISC dengan NBC/NBT).


Aktiviti 'menikam' rakyat Sabah ini yang menyebabkan wang rakyat hilang beratus-ratus juta ringgit YTL lakukan hanya dalam tempoh yang singkat iaitu dua tahun memegang jawatan Ketua Menteri.


Cuba bayangkan jika YTL memegang kuasa lebih lama................ hmmmm... sandi'.

Wednesday, October 27, 2010

Penamaan calon telah berlangsung semalam ('kemarin', kalau dalam bahasa Melayu Sabah) 26 Okt 2010 di Dewan Masyarakat Sandakan.  Meriah juga dengan kehadiran 12,000 orang pemerhati dan para penyokong dari tiga parti yang bertanding iaitu BN, SAPP dan PKR.

Jika ada hadiah, maka BN patut diberikan hadiah pertama kerana penyokongnya paling ramai iaitu 6 ribu orang mewakili pelbagai kaum di Parlimen P185 Batu Sapi ini.  SAPP pula wajar mendapat anugerah sebagai kumpulan penyokong paling orchestrated di mana disiplin dan laungan senada mereka cukup baik.  Para penyokong BN perlu belajar aspek ini dan perlu ada konduktor yang menata perkara sedemikian.

PKR?  Andui bah.... mereka patut diberikan anugerah atas 'merit' penyokong paling sedikit dan bahambur! Kikikikik.... Macamana mereka tidak bahambur kalau sesama sendiri pun bercakaran.  Isnin, 25 Okt 2010, penyokong Ahmad Thamrin Jaini dan Hasnar Ebrahim bertumbuk di Lapangan Terbang Sandakan.  Sesama sendiri pun sudah kecoh.  Sudahlah kedua-duanya 'tangan berbau tahi, kerana ayam terlepas', penyokong mereka pula buat havoc.

Kedua-dua Thamrin dan Hasnar gagal dipilih menjadi calon PKR walaupun kedua-duanya anak jati Sandakan kerana ini adalah permainan catur Anwar Ibrahim untuk melumpuhkan terus pengaruh Jeffrey Kitingan dalam PKR Sabah dan mengukuhkan kedudukan Azmin Ali untuk memenangi pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR..... Laaaa, rupa-rupanya ada agenda lain yang lebih penting daripada kepentingan rakyat Batu Sapi.... tsk! tsk! tsk!

Balik kepada penamaan calon, walaupun SPR merekodkan 26 borang pencalonan dibeli, namun tiada calon Bebas yang mengajukan pencalonan.  Maka jadilah ianya pertandingan tiga penjuru.

Dan gendang pun dipalu.... mari kita tinguk siapa yang kena dan mengena.


Tuesday, October 26, 2010

PKR Menghina Anak Tempatan Batu Sapi?

Kenapa Ansari Abdullah yang dipilih oleh PKR menjadi calon?  Kalau SAPP kita boleh faham sebab mereka memang tiada anak-anak tempatan yang boleh dijadikan calon, sebab semua yang berkaliber telah mengikut jejak Raymond Tan dan Tham Nyip Shen - cabut dari SAPP yang memilih untuk menukar perjuangan asal.

Bagi Tan & Tham, adalah lebih baik mencari tapak baru walaupun terpaksa bermula dari bawah semula, walaupun terpaksa kehilangan jawatan dan pangkat.

Tapi bagi PKR, mereka ada ramai anak tempatan Sandakan yang boleh ditonjolkan.

Kenapa tidak Hasnar Ibrahim yang baru saja memenangi jawatan Ketua Cabang Bahagian Batu Sapi?  Atau kenapa tidak Ahmad Thamrin Jaini yang mempunyai jawatan lebih senior daripada Ansari di peringkat negeri?

Nampaknya faction Jeffrey Kitingan diketepikan lagi oleh kepimpinan PKR.

Tapi Dr Jeffrey tidak penting dalam perkiraan ini.  Yang lebih penting ialah rakyat Batu Sapi.  Ini adalah mesej tersirat yang telah tersurat oleh PKR bahawa kesejahteraan anak-anak Sandakan amnya dan para pengundi Batu Sapi BUKANLAH keutamaan.  Yang penting bagi PKR ialah menang kerusi.

Tapi adakah Hasnar akan berdiam diri?

Monday, October 25, 2010

Will Batu Sapi Be Yong's Waterloo ?

Yong Teck Lee's candidacy for the Batu Sapi by-election defy description.It's a big surprise for everyone that he would stake his political career on a whim.

Yong is no different from other politicians that the people might want to throw out.He has been in PBS and stayed while the going was good.In 1994 at the behest of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim he with other PBS leaders deserted the party and formed their own parties to topple the duly elected PBS government.

Soon after, his party joined the BN where he was given position and later made the chief minister on Mahathir's rotation system.He is no different from other shameful politicians that betrayed the people's trust whenever it suits them.

This is the same man who wooed the illegals voters when he was in the BN and did absolutely nothing when he was the CM but wailed and hailed about the presence of illegal immigrants the moment he is out of the BN.

For the same reason what he did to Joseph Pairin he did again with Pak Lah when he couldn't get what he wanted.Sabahans are fools if they think he cares for them.


Isu-Isu di Batu Sapi



Setelah menunggu sekian lama iaitu selepas PRU 12 yang lepas, keadaan politik di sabah hanya diselimuti oleh beberapa insiden ketidakaturan pemimpin parti pemerintah di negeri bayu ini. Nun di seberang laut china Selatan, Tanah besar semenanjung telahpun beberapa kali menyaksikan berlangsungnya beberapa PRK yang berkesudahan dengan kemenangan yang lebih memihak kepada PR. 
 
Di Sarawak PRK Sibu juga memperlihatkan satu bentuk gelombang baru kepada pendirian pengundi . Keyakinan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak bergoncang apabila kawasan Sibu lebih suka memilih pembangkang daripada parti pemerintah yang dikatakan banyak membawa pembangunan kepada mereka.

Akhirnya di Sabah, situasi politik mula berkocak dengan kematian Wakil rakyat Kawasan Batu Sapi dan ini membawa kepada PRK yang akan berlangsung selepas penamaan calon pada 26 Oktober ini. Kempen secara tidak langsung sudah pun bermula, walaupun senarai calon masih menjadi rahsia parti masing-masing. 
 

Sunday, October 24, 2010

Linda Tsen calon BN Batu Sapi


MUSA Aman berganding tangan dengan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Linda Tsen Thau Lin (tengah) ketika sidang akhbar di Sandakan, semalam. Turut sama Joseph Pairin Kitingan (dua, kiri), Presiden Parti LDP, Datuk VK Liew dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

SANDAKAN 24 Okt. - Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.
Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pemilihan Linda Tsen dibuat berasaskan pengalaman dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu kepada empat anak itu.

''Beliau bukan asing di Batu Sapi dan bukan juga asing dalam bidang politik.

''Apa yang lebih penting beliau sedia berkhidmat untuk rakyat Batu Sapi sekali gus meneruskan perjuangan mendiang suaminya," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN di Hotel Sanbay di sini hari ini.

Hadir sama Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan timbalannya, Datuk Yee Moh Chai serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.

Musa yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Batu Sapi memberitahu selain aktif dalam politik sebagai Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, Linda Tsen juga banyak terbabit dalam kegiatan kemasyarakatan di daerah ini.

Menurutnya, pemilihan beliau juga adalah isyarat jelas kerajaan dalam mengiktiraf keupayaan seorang wanita di negeri ini.

''Di negara ini telah terbukti ramai wanita yang layak dan mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin yang baik dan sehebat lelaki," katanya.

Ditanya sama ada pemilihan Linda Tsen sebagai satu strategi meraih simpati pengundi, Musa berkata, terpulang kepada pengundi untuk membuat tafsiran.

''Apa yang penting adalah dia boleh bekerja dan ada pengalaman dalam politik," katanya.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada 4 November ini manakala proses penamaan calon akan diadakan pada 26 Oktober di Dewan Masyarakat di sini.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pemilih termasuk pengundi pos.

Daripada jumlah itu 15,099 orang atau 59 peratus merupakan bumiputera Islam, 9,737 atau 38 peratus Cina, 689 atau 2.69 peratus bumiputera bukan Islam dan 57 orang etnik lain.

Sehingga kini sebanyak tiga parti politik termasuk BN telah mengumumkan calon masing-masing.

Saturday, October 23, 2010

Siapa Calon Apa?

BN telah menetapkan bahawa calon mereka bagi Batu Sapi adalah dari PBS.  Hanya nama calon sahaja yang belum ditetapkan.

SAPP juga sudah mengumumkan yang mereka akan bertanding.  Begitu juga dengan Pakatan Rakyat melalui PKR.

SAPP dan PR telah "bersepakat untuk tidak berpakat".  Mereka gagal mencapai persefahaman untuk hanya meletakkan satu calon saja daripada pembangkang.  Harapan mewujudkan PR Plus telah musnah.

Bagi SAPP, mereka hampir mengesahkan calon mereka iaitu Presiden parti Datuk Yong Teck Lee.

Manakala bagi PKR mereka masih lagi "bergaduh di belakang tabir".  Kumpulan Dr Jeffrey Kitingan mahukan Ahmad Thamrin Jaini (Pengerusi PKR Negeri) atau Nahalan Damsal (mantan ADUN Sekong).  Tetapi kumpulan Ansari Abdullah mengemukakan Hasnar Ebrahim (Ketua PKR Cabang Batu Sapi yang mengalahkan Nahalan dalam pertandingan Ketua Cabang baru-baru ini).

Apakah kita akan melihat 3-penjuru atau ada kalangan calon Bebas menawarkan diri?  Ataukah DAP juga patut bertanding kerana mereka ada 'base' yang kuat di DUN Karamunting?

Kita sama-sama tunggu dan kita juga menanti drama dalaman hebat dalam PKR menentukan calon.

Friday, October 22, 2010

Takdir Menemukan Kita....

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah Mendiang Edmund Chong berikan.  Salam takziah untuk keluarga beliau dan seluruh konstituen Batu Sapi.

Kini, kita di Batu Sapi akan memulakan satu lagi proses bagi meneruskan perjuangan untuk kemajuan dan pembangunan serta pembelaan nasib bangsa di Batu Sapi.

Ini adalah takdir kita dan marilah kita sama-sama melibatkan diri bagi mewarnakannya.  Sesungguhnya itu adalah janji Tuhan bila Dia menyuruh manusia agar BERUSAHA.

Selamat Datang ke Surat Batu Sapi.....