Saturday, October 23, 2010

Siapa Calon Apa?

BN telah menetapkan bahawa calon mereka bagi Batu Sapi adalah dari PBS.  Hanya nama calon sahaja yang belum ditetapkan.

SAPP juga sudah mengumumkan yang mereka akan bertanding.  Begitu juga dengan Pakatan Rakyat melalui PKR.

SAPP dan PR telah "bersepakat untuk tidak berpakat".  Mereka gagal mencapai persefahaman untuk hanya meletakkan satu calon saja daripada pembangkang.  Harapan mewujudkan PR Plus telah musnah.

Bagi SAPP, mereka hampir mengesahkan calon mereka iaitu Presiden parti Datuk Yong Teck Lee.

Manakala bagi PKR mereka masih lagi "bergaduh di belakang tabir".  Kumpulan Dr Jeffrey Kitingan mahukan Ahmad Thamrin Jaini (Pengerusi PKR Negeri) atau Nahalan Damsal (mantan ADUN Sekong).  Tetapi kumpulan Ansari Abdullah mengemukakan Hasnar Ebrahim (Ketua PKR Cabang Batu Sapi yang mengalahkan Nahalan dalam pertandingan Ketua Cabang baru-baru ini).

Apakah kita akan melihat 3-penjuru atau ada kalangan calon Bebas menawarkan diri?  Ataukah DAP juga patut bertanding kerana mereka ada 'base' yang kuat di DUN Karamunting?

Kita sama-sama tunggu dan kita juga menanti drama dalaman hebat dalam PKR menentukan calon.

1 comment:

  1. Pakatan Rakyat - Parti yang bercelaru.. Masing2 nak tunjuk hebat.. yg menjadi mangsanya adalah rakyat.. yg pengikut setia nya pulak ibarat angguk2 geling2 tunduk2..

    ReplyDelete