Blog ini telah berjanji untuk mendedahkan satu lagi perbuatan songsang YTL ketika menjadi Ketua Menteri 1996-1998. Makin banyak maklumat diterima dan buat nafas kita sesak.
Sesak nafas bukan pasal tidak boleh handle, tapi pasal sakit hati kerana merasa ditipu oleh YTL. Duit rakyat dia sapu dengan bermacam-macam cara termasuklah melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Kisah kali ini ialah mengenai syarikat yang dimiliki oleh agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) atau lebih dikenali dengan nama singkatan SLDB.
SLDB memiliki beberapa syarikat dan salah satunya ialah Sapi Plantations Sdn Bhd (mungkinkah ada kaitan dengan Batu Sapi?).
Sapi Plantations Sdn Bhd (Sapi PSB) adalah syarikat yang terlibat dalam perladangan yang memiliki tanah seluas 142 km persegi di Sandakan yang ditanam dengan kelapa sawit. Luas kawasan itu bersamaan dengan satu suku keluasan Parlimen Batu Sapi. Naaaa yu', cuba kau bayangkan berapa hasil ia boleh keluarkan.
Dipendekkan cerita SLDB menjual saham syarikat ini untuk membuat keuntungan pelaburan dan keuntungan itu mencecah jutaan ringgit. Jual dapat untung tu tidak apa, jangan saja jual tapi rugi.
Masalahnya ialah apabila YTL mahukan keuntungan itu dimasukkan ke dalam poketnya sendiri dan bukan dipulangkan kepada SLDB.
Maka dia arahkan bekas Pengurus Besar SLDB Datuk Wasli Said untuk masukkan RM5 juta keuntungan dari hasil jualan saham Sapi PLB itu dengan menyerahkan wang berkenaan kepada agen YTL.
Inilah juga modus operandi yang dia gunakan untuk mengisap duit Warisan Harta dengan mengulun (membuat arahan secara paksa) kepada Rahman Ghani, Pengarah Urusan Warisan Harta Sdn Bhd (juga GLC Kerajaan Negeri) dalam kes share swap saham blue chip milik Warisan Harta dengan saham murah NBC/NBT.
Inilah fakta yang didedahkan oleh Wasli dalam Mahkamah Sesyen pada 12 Feb 2004. Kenyataan Wasli diterima oleh mahkamah sebagai bukti yang tidak dipertikaikan.
Oleh kerana bukan YTL yang didakwa dalam kes berkenaan, maka ini adalah peluang keemasan para pengundi Batu Sapi untuk menghukum YTL yang menjadi drakula menginas (mengikis) wang rakyat Sabah dengan TIDAK MEMBERI UNDI kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil ini.
Kita di Parlimen Batu Sapi ini memegang amanah khas mewakili rakyat Sabah yang lain untuk memberi pengajaran kepada balan-balan YTL ini.
Apa lagi..... ini kali la!
No comments:
Post a Comment