Wednesday, October 27, 2010

Penamaan calon telah berlangsung semalam ('kemarin', kalau dalam bahasa Melayu Sabah) 26 Okt 2010 di Dewan Masyarakat Sandakan.  Meriah juga dengan kehadiran 12,000 orang pemerhati dan para penyokong dari tiga parti yang bertanding iaitu BN, SAPP dan PKR.

Jika ada hadiah, maka BN patut diberikan hadiah pertama kerana penyokongnya paling ramai iaitu 6 ribu orang mewakili pelbagai kaum di Parlimen P185 Batu Sapi ini.  SAPP pula wajar mendapat anugerah sebagai kumpulan penyokong paling orchestrated di mana disiplin dan laungan senada mereka cukup baik.  Para penyokong BN perlu belajar aspek ini dan perlu ada konduktor yang menata perkara sedemikian.

PKR?  Andui bah.... mereka patut diberikan anugerah atas 'merit' penyokong paling sedikit dan bahambur! Kikikikik.... Macamana mereka tidak bahambur kalau sesama sendiri pun bercakaran.  Isnin, 25 Okt 2010, penyokong Ahmad Thamrin Jaini dan Hasnar Ebrahim bertumbuk di Lapangan Terbang Sandakan.  Sesama sendiri pun sudah kecoh.  Sudahlah kedua-duanya 'tangan berbau tahi, kerana ayam terlepas', penyokong mereka pula buat havoc.

Kedua-dua Thamrin dan Hasnar gagal dipilih menjadi calon PKR walaupun kedua-duanya anak jati Sandakan kerana ini adalah permainan catur Anwar Ibrahim untuk melumpuhkan terus pengaruh Jeffrey Kitingan dalam PKR Sabah dan mengukuhkan kedudukan Azmin Ali untuk memenangi pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR..... Laaaa, rupa-rupanya ada agenda lain yang lebih penting daripada kepentingan rakyat Batu Sapi.... tsk! tsk! tsk!

Balik kepada penamaan calon, walaupun SPR merekodkan 26 borang pencalonan dibeli, namun tiada calon Bebas yang mengajukan pencalonan.  Maka jadilah ianya pertandingan tiga penjuru.

Dan gendang pun dipalu.... mari kita tinguk siapa yang kena dan mengena.


No comments:

Post a Comment