Yong Teck Lee berjanji bahawa jika SAPP berjaya membentuk Kerajaan maka dia akan memberi tanah kepada setiap rakyat Sabah.
Buta-buta dia menipu kepada para pengundi Batu Sapi. Dia ingat kita pengundi Batu Sapi ini talingung dan tidak boleh berfikir.
Pertamanya, jika dia menang pilihan raya kecil ini dia tidak dapat membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baru sebab ini adalah kerusi Parlimen.
Jika pun Batu Sapi ini adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ia juga tidak dapat mengubah keadaan kerana hanya satu kerusi dan tidak memberi kesan kepada majoriti BN di dalam DUN.
Jika pun Yong menang kerusi Parlimen ini, dia tidak dapat membentuk Kerajaan Persekutuan pun.....
Keduanya, dan sangat penting ialah rekod Yong ketika menjadi Ketua Menteri pada 1996-1998 tidak menyokong janji yang ia jajakan.
Sepertimana pendedahan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, 20,000 ekar tanah di Tongod yang sepatutnya diberikan Yong kepada rakyat telah diberikan kepada kawannya.
Cakap banyak pun tidak guna, yang penting kita tahu fakta antara janji dan realiti.